Kalau
perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau
lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan
nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan
sejawat
kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar
memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh
menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama,
peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu
ibunya.
"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
"Sedang
belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk
belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu
jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita
sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi
suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya
bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki
meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan
hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak
kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan
penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing
lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami
sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif
mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer
mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh
belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat
masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga
pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita
meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi
imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah
terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk
suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman
wanita yang lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan
sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama,
selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah
wanitakini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata
ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan
al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya
lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang
sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya
yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan
sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika
mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan
mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen
control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh
belajar, apa salahnya lelaki!
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan
sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanitakini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!
No comments:
Post a Comment