Sunday, 15 December 2013

Kebenaran dalam kesakitan

✿~ Kalau tak mampu mencintai seseorang, jangan pernah sentuh
hati seseorang
✿~ Kalau tak mampu setia, jangan pernah mengukir janji 
✿~ Kalau tak mampu menggenggam hubungan, jangan pernah beri harapan

Kerana hati manusia itu ~>
✿~ terlalu bernilai untuk disakiti
✿~ terlalu mahal untuk disia-siakan
✿~ dan terlalu berharga untuk dihancurkan 


Ingαtlah bαhαwα αpα yang kitα rαsα terbαik itu belum pαsti menjαnjikαn yang terbαik untuk kitα.

Ðαn setiap yang menyαkitkαn itu tidαk semestinyα pαhit di hujungnyα.
Selαlu ingαt bαhαwα αpα yg Allαh buαt untuk kitα, αdαlαh yang terbαik untuk kitα.

Ðαri situ kitα αkαn mulα belαjαr erti redhα. Kitα tidαk mαmpu mengαwαl αrαh tiupαn αngin, kitα hαnyα mαmpu mengαwαl kemudi pelαyαrαn kitα.. :')

(mood : sedih...sape die??) :'(

Friday, 27 September 2013

Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan - (Atendan Hospital)

Assalamualaikum.

Saja nak citer pasal pengalaman aku g interview semalam dekat Hospital Enche ' ng Besar Hajjah Klasom, Kluang. Dengan xde preparation aku g jek interview jek.Yela saja nak timba pengalaman interview ngan Kementerian Kesihatan Malaysia nie... Aku gerak dari umah dalam kul 6.00, pastu sampai sana dalam kul 7.30.. Punya laju la kan aku bawak kete..hehehehe...Tapi yang terkejutnye sampai2 sane da ramai yg beratur... aku pe lagi ngan lapo nye beratur la trus sbb nak lek awl la kan...dlm kul 10.00 smpai la giliran aku nunggu tok ditemuduga... kul 10.45 pg time aku lak kene interview..masuk jek dlm tu pegawai tu tnya nak mntak jawatan pe..aku jawab nak PPK..pastu die tnya aku sblum nie keje mane..aku jawab la keje SPAD..n sepanjang aku ditemuduga pegawai tu tnya pasaL SPAD jek kot..aduyai incik sy nak keje ngan KKM bukan SPAD..Selama 10 minit gak aku ditemuga...Ermm aku x de apa2 harapan tapi aku percaya kalau ade rzeki aku Insya Allah ade jawtan tu tok aku... 

Ari nie besday my MR H... saat nie sgt2 rindu kat dia.. HAPPY BIRTHDAY AWK yg ke - 26 tahun... Smoga pnjg umo awak..makin dimurahkan rzeki..sentiasa dirahmati dan epy2 slalu... =)

Wednesday, 18 September 2013

PILIHAN - ilmu yang perlu kita tahu, maka, iQra'~

Seorang lelaki berjalan mundar-mandir di lorong hospital,gelisah akan keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka.Setelah beberapa jam ia menunggu, tak jua terdengar tangisan bayi. Tiba-tiba,seorang doktor berjalan tergopoh-gopoh keluar dari ruang persalinan menuju kearahnya.

"Bagaimana keadaannya doktor?" tanyanya penuh harap.

"Maaf encik, kami sudah berusaha, keadaannya amat krit
ikal. Si ibu sudah tak sedarkan diri! " jawab doktor itu.

"Jadi bagaimana doktor ..?"

"Kami tak mungkin dan berupaya untuk menyelamatkan keduanya, tapi masih ada harapan. Kami hanya punya satu pilihan, menyelamatkan si ibu, atau menyelamatkan si bayi!"

Lelaki tersebut kebingungan, dan tak dapat berkata-kata. ......

"Maaf encik, setiap saat amat berharga, tolong cepat untuk membuat pilihan!" desak doktor itu.

Akhirnya, dengan berat hati lelaki itupun berkata dengan nada sayu, "Doktor, saya sangat bingung .. Saya serahkan sepenuhnya kepada doktor.Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya.

Doktor pun bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia sudah berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal seperti ini. Dan dia tahu apa yang harus dilakukannya.

------------ --------- --------- --------- --------- ------- -------- --------- --------- -------- ------

Ini adalah salah satu contoh, bagaimana keyakinan beragama boleh mempengaruhi keputusan disaat genting.

Bagi seorang doktor beragama kristian/katolik, ia akan berusaha menyelamatkan si anak, dan mengorbankan si ibu.

Bagi doktor muslim, ia akan berusaha menyelamatkan si ibu, dan mengorbankan si bayi.

Memang benar, dua-duanya adalah pilihan yang sukar, tapi itulah jalan terakhir dan muktamat.

Mengapa ia boleh berlaku seperti demikian?

Dalam ajaran kristian, setiap manusia yang lahir sudah membawa dosa, doktrin ini dikenal dengan "dosa waris" atau "dosa asal".Manusia yang lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa. Untuk menebusnya ia harus mengikuti seorang penyelamat yakni penebus dosa (Ketua Paderi atau Pope).

Doktor Kristian itu akan berjuang sedaya upaya untuk menyelamatkan si anak,agar dia dapat lahir dengan sihat dan selamat walaupun sebaliknya terpaksa mengorbankan si ibu . Doktor berharap, setelah anak itu lahir ia akan mendapat kesempatan untuk dibaptiskan, untuk tujuan menebus dosanya. Jika si anak meninggal sebelum dibaptiskan, anak itu akan masuk neraka. Sebab, dosanya belum sempat ditebus.

Dalam ajaran Islam, setiap manusia lahir dalam keadaan fitrah/suci. Doktor muslim akan berjuang menyelamatkan si ibu, kerana dia tidak bimbang yang bayi akan masuk neraka. Dengan terselamatkannya si ibu, insyaAllah setelah sihat kembali akan dikurniai kekuatan untuk mengandung lagi dan mudah-mudahan mendapatkan ganti yang lebih baik, yang lebih soleh.

Sedangkan anak yang tak sempat terselamatkan, biarlah ia kembali kepada Allah dalam keadaan suci. Mungkin lebih baik sekiranya bayi itu tidak dilahirkan di dunia yang penuh tipu daya ini agar hidupnya kelak tidak menjadi orang yang tersesat.

Demikianlah, dalam keadaan serba salah lelaki itu tak sempat untuk memastikan agama doktor tadi. Dan ia sudah berserah sepenuhnya kepada doktor itu.

Di dunia ini ada banyak agama dan kepercayaan. Pemahaman kita terhadap ajaran agama yang kita anut, akan menentukan jalan hidup kita. Itu sebabnya amat penting bagi kita orang Islam menentukan yang bakal menerima kelahiran anak kita adalah seorang doktor muslim.

Sejak bangun tidur, kita sudah dihadapkan kepada pilihan.

1. Meneruskan tidur, atau bangun solat subuh?

2. Untuk lunch dulu, atau solat zohor dahulu

3. Setelah habis kerja, adakah terus pulang ke rumah, atau singgah ke gerai kopi/disco dulu?

4. Ikut terlibat melakukan pecah amanah, atau dimusuhi rakan sekerja?

5. Menyegerakan berkahwin, atau menundanya dulu?

6. Hidup mulia di sisi Allah, atau mulia dalam pandangan manusia?

7. Dan banyak lagi.....


Kita akan sering dihadapkan pada pilihan-pilihan yang lebih sukar, dan melibatkan akibat atau natijah yang sangat ditakuti.

Kesimpulannya perbanyakkanlah muhasabah diri dan tambahkan ilmu dengan majlis-majlis ILMU. Mudah-mudahan selamat kita semua di dunia & di akhirat...

Amiin..

p/s : wallahua'lam, wassalam~

Monday, 16 September 2013

HARGAILAH SEBUAH PERHUBUNGAN...


Hidup kita tak akan lari dari hubungan sesama manusia.. (Okay.. aku reserve lah komen aku pasal hubungan kita dengan Allah.. sebab rasa tak layak nak menulis tentang itu.. erkkk).. Hubungan kita dengan mak ayah kita.. hubungan kita dengan pasangan kita..  hubungan kita dengan adik beradik.. dengan kekasih.. dengan kawan-kawan.. dengan rakan sekerja dan macam-macam lagi la..

Semua hubungan tersebut tak banyak atau sedikit mesti melibatkan perasaan.. dan perasaan tu samada sedikit atau kuat.. besar atau kecil.. pasti melibatkan perasaan...

Dan setiap hubungan mempunyai acuan masing-masing.... membina hubungan dalam apa cara dan keadaan sekalipun bukan mudah.. sebab melibatkan jiwa, sikap, persepsi, jangkaan dan harapan yang berbeza-beza. Kerana gaya hidup dan cara kita dibesarkan tak sama. Dan perbezaan itulah sekiranya dimanfaatkan akan membuka ruang yang luas untuk pengalaman yang sangat bermakna, menjadikan kita lebih bijak dan dewasa... Namun sekiranya perbezaan tersebut tidak ditangani dengan teliti.. sebaliknya akan membawa kepada perselisihan faham.. saling menyalahkan dan sebagainya...

Dan jambatan bagi perbezaan tersebut adalah komunikasi. Dan komunikasi juga bukanlah semudah untuk disebut.. Sebab bukan semua orang mudah untuk berkomunikasi. Nak-nak pulak kalau sesuatu yang melibatkan perkara yang serius, emosi dan sebagainya. Tapi apa lagi pilihan yang ada.. Terhad juga.. sebab kalau nak harapkan belajar dari pemerhatian, kita akan tertakluk kepada penilaian sendiri yang mungkin akan betul atau salah.. sebab penilaian sendiri selalunya diperkukuhkan oleh emosi... Nak harapkan orang bantu... tak semua orang suka mengadu masalah dan minta pandangan... Dan tak semua orang yang memberi pandangan tu, akan beri pandangan yang baik... Nak simpan dan pendam dalam hati.. lama kelamaan benda-benda kecil.. lama-lama akan jadi besar... 

Bukan senang.. Halangan bagi komunikasi adalah emosi dan ego.. Sebab bila berkomunikasi, mungkin akan berlaku pertentangan pendapat.. Sentiasa merasakan lebih betul berbanding pihak yang lain... Adakala memperkukuhkan apa yang memang sedia ada dalam fikiran dan tanggapan... Bukan senang nak berkomunikasi hingga capai penyelesaian.. Tapi sekurang-kurangnya kita dan sampaikan apa yang kita rasa.. Kita dah tahu apa yang kita tak tahu... Dan kita dah faham apa yang kita tak faham atau salah faham..

Tak perlulah kita pertahankan ego hanya untuk mencari siapa yang benar dan siapa yang salah, sebab benar atau salah tu adakalanya hanya dalam persepsi manusia.

Kalau benar-benar kita hargai dan menyayangi antara satu sama lain, tak salah untuk rendahkan keegoan, mencari jalan tengah, sedikit berkorban, belajar untuk menerimabahawa tidak ada siapa yang sempurna, dan kelemahan boleh diperbaiki sekiranya diberi ruang dan dibimbing... Sekiranya kita boleh menerima segala kelebihan dan keuatannya, mengapa tidak mampu kita terima kelemahannya.. Janganlah dengan sedikit kesilapan akhirnya menutup segala kebaikannya selama ini... 

Sebab kita takkan pernah tahu bila kita akan kehilangan sesuatu yang sangat berharga dalam hidup kita. Bukan mudah nak dapat orang yang benar-benar sayang kita.. sebab benda tu bukan boleh dibuat-buat.. dan sekiranya kita temui orang yang benar-benar sayangkan kita.. hargailah...

Sunday, 25 August 2013

SANDIWARA CINTA - REPUBLIK

Aku tahu ini semua tak adilAku tahu ini sudah terjadiMau bilang apa aku pun tak sanggupAir mata pun tak lagi mau menetes
Alasannya seringkali ku dengarAlasannya seringkali kau ucapKau dengannya seakan ku tak tahuSandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku
c/o Jujurlah sayang aku tak mengapa      Biar semua jelas telah berbeda      Jika nanti aku yang harus pergi      Ku terima walau sakit hati
Mungkin ini jalan yang engkau mauMungkin ini jalan yang kau inginkanKau dengannya seakan ku tak tahuSandiwara apa, ceritanya apa, aku tahu
ulang corus....
Aku x tau nape tiap kali aku dengar lagu nie rasa nak menangis jek...maybe aku da lame pura2 epy padahal hati aku x pnah org laen taw kecuali ALLAH SWT....Dia la tmpat aku mngadu..Dia la tmpat aku cerita ape yg aku rasa...terima kasih ALLAH... aku da cuba mngembirakan smua org..org da cuba nak berfikiran positif..tp mungkin aku x ckup baek...mungkin byk lagi kekurangan yg perlu aku perbetulkan dan mungkin ALLAH nak bagi yang lagi baek tok aku...mind set kiter yg perlu diajar... kiter sedih, emosi, murung, x puas ati, ade faedahnye ke??tidak berfaedah kan melaenkan kiter enjoy jek life nie...epy ngan ape saja yg kiter buat...kalo kiter bole bhagiakan diri kiter insya ALLAH orang laen pun bole bahagiakan kiter...ALLAH perancang yg paling indah...indahnye perjalanan hidup kalau kiter redha dan yakin kabahagiaan adalah milik kiter smua...INSYA ALLAH...selalu lah berdoa & think positif...enjoy Nor Aishah.... keep smiling (^_^)

Thursday, 22 August 2013

AKU EMOSI SANGAT KE??

haii...ermmm nie citer semalam la...semalam kuar dengan Mr H...and ade lah tanye die..nape die x cam dulu..slalu ade masa ngan aku nie...pastu die ckp aku jek suke ikot perasaaan emosi benor..emosi mngalahkan kepercayaan....pastu die ckp die nie kurang minat nak melayan kalo aku emosi...sbb die mlas nak gaduh2 ngan aku...tp aku bkan ape...aku just takot kehilangan dia..aku sygkan dia..aku cintakan dia..Mr H tlong la pham...aku bkn terlalu ikotkan emosi just risau kan ko...tu jek..xde laen...tp ko leh ckp kalo ko mati ke excident ke mesti aku dpt tau...mak dia msti bg tau aku...bkan tu masuk aku...aku xnak ko ilang dari aku walau sehari...aku nak pastikan ko sntiasa sihat ari2...ari2 nak tanya kabar ko...nak tau pe ko buat...tp jgn salah pham...aku bkan penyibok taw....

Awak....
saya mngaku saya emosi disebabkan awak..kalo awak mnghilang sehari saya ase cam nak gila risaukan awak..pkir yg bkan2 pasal awak...awak tau x...awak saya mntak maaf kalo awak tertekan kalo saya msj awak bkan2 ea...awak pham la pe perasaan sy...saya tau kiter bkn bercinta macam budak sekolah, saya tau kiter masing2 da besa, da leh pkir matang...tapi sy x tau la awak...sy x boleh..maybe disebabkan saya sayang sangat2 kat awak...maafkan sy ea MR. H...


Wednesday, 14 August 2013

DOAKU UNTUKMU (^_^)

“Kalau ada seseorang yang kau cintai, suruh kau lupakan dia, kau buat apa?”

“Doa.”

“Doa supaya dia buka hati untuk kau?”

“Tak.”

“Dah tu?”

“Aku akan doa ; Ya Allah temukanlah dia dengan seseorang yang baik akhlak, iman dan taqwanya. 
Aku mahu dia gembira, 
Ya Allah walaupun bukan kerana aku. 
Aku mahu dia dicintai dengan selayaknya tidak seperti mana aku mencintainya, 
dan aku mahu dia ditemukan dengan seseorang yang melihat dirinya bukan dengan pandangan nafsu manusia dan syaitan, tetapi pandangan dari-Mu, ya Allah.”

[be the light, eventhough your own heart is not bright enough]

Kalau betul kita sayang pada seseorang, pray for his/her happiness. Doakan dia cepat-cepat kahwin. Bukan doakan yang tak baik seperti minta putus atau apa. Tak elok ketawa atas kesedihan orang lain, kan? sbb ALLAH tau ape yg TERBAEK untuk kiter semua...senyum lebar2 k... (^_^)

Tuesday, 13 August 2013

RASA KECEWA YANG TERAMAT

Rasa kecewa tu juga cara mematang kan kiter..
ape yg perlu kiter lakukan muhasah diri..
cari kesilapan diri sebelum menyalahkan orang laen..
KECEWA tu perasaan...
PERASAAN kan ANUGERAH ALLAH yang tak ternilai...
hargailah dan bersyukurlah....
Jangan pernah kecewa dengan jalan ini
hakikat memilih jalan ini memang panjang dan penuh dengan kesukaran
kamu semua ‘orang-orang hebat’ kerana telah memilih jalan yang belum tentu kamu sempat melihat hasilnya.
Jangan cepat kecewa dengan orang sekeliling kita
kerana mereka juga manusia bukan malaikat,sama seperti kita
mereka tidak pernah suci dari dosa, tidak sempurna, akan ada cacat celanya
manusia itu asalnya dari ‘nasiya’, sifatnya lupa, perlu sentiasa diingatkan, perlu ditunjukkan.
Bukankah matlamat kita masih sama, aqidah kita masih serupa?
kita sama-sama mahu memeluk cinta-Nya
kita sama-sama mahukan tarbiyah untuk dekat dengan-Nya
sebab kita semua tak sempurna dan tarbiyah datang untuk sempurnakan hidup kita.
Bila mana syurga menjadi thumuhat kita, kita akan lupa pada seluruh kepayahan dan kesusahan.
Bila mana redha Allah menjadi tumpuan kita, kita lupa pada semua kekecewaan yang memutik.
Jadi takkan secepat itu kita mahu berputus asa?
Jadi takkan semudah itu kita mahu kecewa?

Bila dua diri mencinta Illahi. 
Bergabunglah jiwa, Bersatulah hati. Dua jiwa satu cinta. Dua jasad satu matlamat. 
Bila cinta kerana Allah, berpisahnya tidak gelisah. 
Bila rindunya kerana yg Satu, Bertemunya pasti tak jemu. 
Ukhwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah...
Hidup ini hanyalah satu memori, 
Memori adalah satu kenangan yang indah. 
Ingat,jangan ada benci di hati 
namun sampaikanlah rasa rindu pada teman-teman seperjuangan 
agar ketawa dan menangis sentiasa bersama, 
itulah yang dikatakan kemanisan ukhuwah dalam persahabatan sejati...

Tuesday, 6 August 2013

SELAMAT HARI RAYA

hari nie da 29 Ramadhan...nie bermakna sok da raya!!!yeaahhhh!! xmo nak celoteh byk2 la...Just nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...mohon maaf zahir dan batin tok sape2 yg bace blog aku nie....raye jemput dtg umah..hehehehe...



SEMUA YANG BERLAKU ADA SEBAB DAN HIKMAHNYA

KENAPA AKU DIUJI ??
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Ankabut : 2-3
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi ?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YG AKU INGINKAN ?? 
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Baqarah : 216
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ??
QURAN MENJAWAB:

Qs. Al-Baqarah : 286
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

KENAPA FRUST???
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Imran : 139
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA ??? 
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Baqarah : 45
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sholat; dan sesungguhnya sholat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk Tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah semata”

APA YANG AKU DAPAT  ??? 
QURAN MENJAWAB :
Qs. At-Taubah : 111
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan jannah untuk mereka…”

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ??? 
QURAN MENJAWAB :
Qs. At-Taubah : 129
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal”

AKU TAK SANGGUP !!!!
QURAN MENJAWAB :
Qs. Yusuf : 12
“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”

dan segudang pertanyaan lagi yang keseluruhannya pun dapat dijawab oleh Sang Pemilik Semesta Alam. Nah, cukup jelaslah bahwa Allah-lah yang memberi kita cobaan permasalahan, pastilah Allah akan menurunkan pertanyaan beserta jawabannya! Hanya Allah sandaran manusia

*Aku gadis, anak perempuan, adik perempuan, akak, kekasih, bakal isteri, bakal ibu yang sangat2 inginkan redha-Mu YA ALLAH..aku sangat lemah..hanya KAU pemberi semangat untukku.



Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal & hati berbual berkenaan kasih & cinta...

Akal : Assalamualaikum, sahabat
Hati : Waalaikumussalam...
Akal : Apa khabar iman anda?

Hati terdiam...Akal bertanya sekali lagi.

Akal : Apa khabar iman anda?
Hati  : Kurang sihat mungkin.
Akal : Mengapa?
Hati  : Aku merindui dia segenap jiwaku...
Akal : Dia yg mana, sahabatku?
Hati  : Kedua dia, Dia yg hakiki, juga dia yg entah ke mana akhirnya...
Akal : Tidak mengapa, itukan fitrah manusia
Hati  : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.
Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yg lebih utama.
Hati  : Tapi...Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan.  Aku mahu mengejar syurga bersamanya.
Akal : Apa makna cinta?
Hati  : Kasih & sayang
Akal : Bagiku cinta itu gila
Hati  : Mengapa pula?
Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yg dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yg diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yg lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?
Hati  : Ya. Begitu yg aku rasa.
Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?
Hati  : Orang kata ibadah itu taat & patuh.
Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.
Hati  : Bagaimana dimaksudkan begitu?
Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi...

Hati  : Jadi...Apa sebenarnya yg engkau ingin sampaikan wahai akal?
Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?
Hati  : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang & malam ! Tegas hati...
Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk...

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yg lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras megalir ke kepala...

Akal : Cinta kepada manusia yg gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa & tangisan hambannya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!


Hati mulai menangis...sepi...kesal...

Tuesday, 26 March 2013

HUBUNGAN JARAK JAUH


Hubungan Jarak Jauh tidak sentiasa ideal. Pada hakikatnya, ia benar-benar sukar. Kamu menghabiskan banyak jam hanya bercakap melalui telefon atau melalui 3G, Skype or YM. Kamu tidak boleh melihat dia  bila-bila kamu mahu atau apabila kamu paling memerlukan dia ..Kamu tidak boleh memeluk, anda tidak boleh memegang tangan dan apa-apa je. kamu seakan akan kehilangan keintiman dalam erti kata fizikal. Tetapi kemudian, hubungan kamu akan menjadi berdasarkan antara satu sama lain dan apa-apa lagi.

kamu belajar untuk berkomunikasi, kerana hubungan jarak jauh tanpa komunikasi adalah tiada apa-apa.
kamu belajar untuk percaya, kerana kamu tidak boleh sentiasa melihat atau tahu apa yang sedang &  telah dia lakukan.
Kamu belajar untuk berkorban, kerana seseorang sentiasa akan kehilangan sedikit waktu tidur, bekerja, belajar atau melakukan aktiviti lain jika ada perbezaan masa.
Dan akhir sekali, kamu belajar untuk MENGHARGAI segala-galanya.

KERANA kamu hanya mempunyai jumlah masa yang sangat terhad dengan Si Dia.
Kamu belajar untuk menghargai dia dan menghargai setiap saat tunggal yg kamu punyai dengan dia.

Ia adalah salah satu perasaan yang terbesar di dunia.
Apabila anda telah menunggu untuk sesuatu yang begitu lama dan anda akhirnya MEMILIKI dia,

MENGHARGAI dan KEPERCAYAAN adalah Kunci kepada hubungan jarak jauh adalah iman.
Jika kedua-dua kamu tidak bersedia untuk berputus asa,
Jika kedua-dua anda sanggup untuk berdiri dan masih cuba selepas setiap kali kamu atau dia atau kedua-duanya jatuh.

"Jarak bukan untuk takut, ia adalah untuk berani".
JARAK BUKAN LAH PENGHALANG UNTUK SESUATU HUBUNGAN YANG SUCI YANG LAHIR DARI RASA CINTA YANG TELAH ALLAH BERIKAN UNTUK SEMUA UMATNYA..HARGAILAH DIA SELAGI DIA MASIH MENGHAGAI KITA. (^__^) 

SAYA SAYANG DAN AKAN SETIA DENGAN AWK INSYALLAH SAMPAI NAFAS SAYA SAYANG YANG TERAKHIR ♥ ♥

Monday, 4 February 2013

AKU + DIA = KAMI =)

Perkenalan aku dan dia bermula dari reunion yang dirancang oleh kawan2 sekolah menengah aku..tapi dia memang tak ade kene mengena ngan dak2 skolah aku..Dia datang just ikot kawan aku si ridzuan jais nie...Masa first time die datang tempat reunion kitorg nie, aku xde jangka la aku akan berkawan dengan dia..tanggapan pertama aku kat dia, dia seorang yg epy, cepat mesra dan boleh bgaul ngan semua org...Ade la satu ari nie die add facebook aku & tanye aku nie kawan si ridzuan jais ke yg g reunion ari tu...daripada facebook tu la kitorg bkwan dan kenal sesama sndiri..Aku rasa sangat senang bila bbual dan bercerita dengan dia...Pastu da lame skit kenal kitorg tukar2 no fone...first die msj aku time tu raya haji..Die wish raya haji...lepas tu hubungan kitorg makin rapat dan makin rapat...dan bila aku kuar dengan dia aku rasa epy sgt2..aku dpt rasekan yg kitorg ada chemistry yg baek...dan sekarang aku da jatuh cinta kat dia...aku harap sgt2 hubungan kami nie berakhir dengan ikatan yg sah dan mendapat keredhaan ALLAH dan family kami...Untuk Awak saya akan setia hingga ke hujung nyawa saya jika hubungan dan jodoh kite berpanjangan dan jangan la awak ragu akan rasa cinta saya pada awak... (^_^)

Berapa ramai lelaki boleh jadi IMAM..

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan
sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.


"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.


Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanitakini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Tuesday, 15 January 2013

JeJaLaN MeLaKa

hari nie 15 januari 2012 bersamaan ari selasa aktiviti yg x dirancang g Melaka bersama-sama Efa, Akak, Mak & Tisha...sonok gak la coz last aku g mlake bln lpas dgn Shahizul..hehehe...Da la pegi petang after akak lek keje dalam pukul 3.00 baru gerak dari umah...tp cuaca kat mlake pun ok jek...cam tau2 jek kitorg nk dtg ziarah die..hehehe...we hav fun together...g makan2 kat Pantai Klebang, Melaka...pastu kitorg solat Asar & Maghrib kt surau yg ada kat area Dataran Pahlawan...nie aku de ltak cikit gamba2 kitorg jejalan kat Mlaka... (^_^)