Tuesday, 13 August 2013

RASA KECEWA YANG TERAMAT

Rasa kecewa tu juga cara mematang kan kiter..
ape yg perlu kiter lakukan muhasah diri..
cari kesilapan diri sebelum menyalahkan orang laen..
KECEWA tu perasaan...
PERASAAN kan ANUGERAH ALLAH yang tak ternilai...
hargailah dan bersyukurlah....
Jangan pernah kecewa dengan jalan ini
hakikat memilih jalan ini memang panjang dan penuh dengan kesukaran
kamu semua ‘orang-orang hebat’ kerana telah memilih jalan yang belum tentu kamu sempat melihat hasilnya.
Jangan cepat kecewa dengan orang sekeliling kita
kerana mereka juga manusia bukan malaikat,sama seperti kita
mereka tidak pernah suci dari dosa, tidak sempurna, akan ada cacat celanya
manusia itu asalnya dari ‘nasiya’, sifatnya lupa, perlu sentiasa diingatkan, perlu ditunjukkan.
Bukankah matlamat kita masih sama, aqidah kita masih serupa?
kita sama-sama mahu memeluk cinta-Nya
kita sama-sama mahukan tarbiyah untuk dekat dengan-Nya
sebab kita semua tak sempurna dan tarbiyah datang untuk sempurnakan hidup kita.
Bila mana syurga menjadi thumuhat kita, kita akan lupa pada seluruh kepayahan dan kesusahan.
Bila mana redha Allah menjadi tumpuan kita, kita lupa pada semua kekecewaan yang memutik.
Jadi takkan secepat itu kita mahu berputus asa?
Jadi takkan semudah itu kita mahu kecewa?

Bila dua diri mencinta Illahi. 
Bergabunglah jiwa, Bersatulah hati. Dua jiwa satu cinta. Dua jasad satu matlamat. 
Bila cinta kerana Allah, berpisahnya tidak gelisah. 
Bila rindunya kerana yg Satu, Bertemunya pasti tak jemu. 
Ukhwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah...
Hidup ini hanyalah satu memori, 
Memori adalah satu kenangan yang indah. 
Ingat,jangan ada benci di hati 
namun sampaikanlah rasa rindu pada teman-teman seperjuangan 
agar ketawa dan menangis sentiasa bersama, 
itulah yang dikatakan kemanisan ukhuwah dalam persahabatan sejati...

No comments:

Post a Comment